Monday, 10 March 2008

fenomena MJSC kuala kubu bharu.

currently studying in MJSC kkb.

kenapa aku asyik highlight semua ni? i dont think i need the answer.mungkin hidup aku selama 3 minggu ni berubah.eventho dalam jangka waktu pendek,ye la baru 3 minggu berbanding 3 tahun kat convent,seriously aku dah start rindukan sana.maybe sebab aku kat rumah sekarang ni sorang2.mama pulak gi ke sintok kedah pasal ada course kat sana.so mmg aku seorang la kat rumah.abah ngan ablong mesti la keje.keadaan mcm ni jugak la yg membuatkan aku keras dan tak homesick kat asrama.and aku rasa aku lagi happy kot kat asrama sebab every day aku ditemani kawan2.kalau kat rumah,sms je la kan? kat asrama mmg activity packed gila everyday except for saturday and sunday.

rindu nak bangun awal2.well.walaupun najat yg selalu kejutkan aku.huhu thanks najat! mana taknye,malam2 aku tido kul 1-1.30 dok lepak kat bilik 11.hehe.borak la beb.bila masuk bilik masing2 sume dah tido.set jam bangun kul 5 tapi.....huhu..kul 6 baru la terhegeh2 aku bangun genyeh mata.angkat bakul toiletries masuk toilet.pastu kena beratur lagi.siap2 mandi gegas masuk iron room.wakaka.ni la paling best.sebab orang yg wajib aku tanya baju dia dah iron ke belum..,mesti aku tanya hajar.huhu.biasa la aku buat kije2 mcm ni.dari dulu lagi aku jenis iron baju awal2 pagi b4 ke sekolah.ish ish.bad habbit.dah siap iron kemas2 kan katil,sambil tunggu bang azan (aku baru belajar perkataan bang tu dari syaima ngan nad.ahaha.teruk nye vocabs aku!) gi solat subuh and kat sini boleh la tgk ramai yg tersengguk sengguk.hehe.termasuk aku,of course! selesai solat subuh,masuk balik bilik.aku biasa tak pergi DS (dewan selera-kantin la tu) utk makan.ntah.takleh nak masuk tekak aku.hehe.

tunggu utk roll call then kedengaran la sore jiehan jerit...'blok A! roll call!' ahaha.kecik je sore dia.by 7.15 centu dah habis roll call terus naik ke blok akademik.fuh.penat bila naik tangga 2nd batu caves tu je laaa! mengah beb! haha! 7.40 cegu masuk.and as usual,asal kan cegu masuk mengajar je,memang aku akan jadi mengantuk.aku tak tau kenapa jadi mcm tu.selama ni kat convent aku jarang nak mengantuk dlm kelas! hyperactive.huhu.rehat pukul 10.30 turun balik gi DS.adoh mak.berapa byk kali naik turun setelah makan ni.nak gemuk turun balik.heheh.tapi aku makin gemuk ada laa! so gitu gini kelas aku habis pukul 2.05.lebih lama dari dulu la.hehe.

turun kelas terus ke DS makan tengahari pulak.kitorang ada la satu jam gitu utk siap2 makan mandi solat sume.kat sini mmg rushing la.aku kan jenis yg lohlehlohleh.aku tak tau korang panggil apa tapi term lohlehlohleh tu dari abah aku kot.haha! ;) pukul 3 dah wajib ada kat kelas.ni kalau minggu alpha la.kitorang akan ada prep petang.sampai pukul 5.30.oh prep takde cikgu masuk.just pak husin je yg round2 blok akademik.kalau aku ngantuk sangat mmg time ni la aku belasah tido.huhu.penat weyy.pukul 5.30 turun ada la minum petang lagi..

lepas minum2,terus solat,keluar utk riadah.hahahah.ni yg aku malas nak citer ni.aku turun pun gi main volleyball la.sampai kul 6.30 masuk blok asrama balik,mandi2 nak siap utk makan malam ngan solat.kadang2 aku makan sebelum mandi.kadang2 mandi sebelum makan.kalau aku mandi dulu,baru makan...haaa itu ada la maksud tertentu.heheh.nak mensekodeng orang la wey. :)) kehkeh. pukul 7.20 masuk surau,baca2 sementara tunggu azan..solat maghrib pastu baca quran.ni yg best! kat rumah jarang dapat peluang nak baca quran everyday.kan? hehe.bagi family aku la tu.by 8.20 dah habis,terus naik blok akademik balik.tak leh masuk dorm dahhh..pukul 8.30 ada prep malam.so tu la time aku nak siapkan homework dan study la segala2 sampai pukul 10.30.

turun balik ke DS! makan supper.wahaha.ni kadang aku skip la.kat DS ni bleh kata makanan dia berat la.ada ke supper pegi bagi mihun goreng? sepinggan penuh pulak tu.huhuhu.kat rumah jangan harap la makan banyak kali mcm kat asrama.hekhek.dah habis makan,masuk dorm laa.agak2 dlm kul 11 la.tukar2 baju,borak2 sikit dah pukul 11.30 kena lights off.pastu kedengaran lah dari speaker2 yg merata2 kat blok aspuri tu orang membaca asma'ulhusna.mmg everyday sebelum tido kitorang wajib keluar bilik bertutup aurat utk baca asma'ulhusna ngan doa2 dan zikir2 yg lain.dah habis around 11.45, bermula lah kehidupan malam.wakakaka.

part ni aku paling suka.boleh tgk la macam2 gelagat budak2 blok A nih.ada yg berkumpul kat iron room.sebab iron room is the only room yg tak off lampu sepanjang malam.ada yang borak2 ada yang buat homework,ada yg study.ahak2.cuba lalu kat tepi2 koridor yg berlampu,berderet la budak2 tercongok depan pintu nak buat homework.at least ada cahaya kan? hehehh.kehidupan asrama! :)

ada satu lagi la yang orang jarang buat.tapi bagi mereka yang berperangai tak malu and gila2 macam..er..er..er..aku..hehe..dok la kat court tengah2 blok A tu..menghadap langit2..bintang2. best gila..tapi mestila berteman kannn...aku dok ngan afiqah.kat sini la kitorang selalu dating..lagi2 malam sabtu malam ahad.ehehe.kat sini mmg tak sedar jam pukul berapa..maybe dari situ kot aku ngan fiqa makin rapat.

oh.sini aku nak citer. :) kalau korang nak tau wahai rakan2 lama ku..,esp group2 yang panggil aku apeng..,heheh.kat sana takde lagi orang yg panggil aku apeng tau.ntah.mcm nak reserve nama tu utk kawan2 lama je.kecuali BAD.dia yg dok panggil aku apeng.isk.sedey.tapi seriously kat asrama aku rindu sgt ngan panggilan apeng.

wey.aku rasa mcm dah panjang gile je entry aku ni.nanti aku sambung yg atas ye. :))

1 comment:

  1. i found this blog by accident...
    seriously!

    hey amal...how are u? dah siap hw yang berlambak tu? u probably dont know who i am... clue= ur annoying classmate.

    p/s, cool blog... cerita lagi

    ReplyDelete