it gets mixed up.
kesah anjing.
hampir 48 jam yang lepas, ditakdirkan aku memandu sang koala di kawasan kejiranan. sedang memandu, terdengar akan bunyi anjing yang sangat kuat! tertoleh kepala ke kanan, kelihatan sebuah kereta yang dipandu sangat laju! terlihat pula di BAWAH kereta yang sedang bergerak laju tersebut, THERE WAS A DOG ROLLING UNDERNEATH IT! terkesima si pemandu sang koala, diberhentikan kereta. TERlebih kelajuan kah oleh si pemandu kereta laju itu? tatkala bunyi kasihan anjing semakin kuat kedengaran, aku masih tersadai di tepi jalan menyaksikan kejadian tragis terhadap anjing tidak bernasibbaik. ok,penat la bahasa macam ni. just that, sumpah kesian gila kat anjing tu. kalau la korang ada kat situ, korang akan kesian jugak. anjing tu bergolek bawah kereta tu ok! kereta tu macam ape je, tipu kalau tak dengar anjing tu berbunyi! dah la tak berhenti langsung. stakat slowdown,tapi tak tengok langsung apa jadi kat anjing tu. last2, anjing tu patah kaki. kesian ok :( dia macam merintih mintak simpati. dah la anjing tersebut comel. wargh, encik pemandu-yang-melanggar-anjing-tanpa-rasa-bersalah-agaknya, tengok la apa jadi nanti kat haiwan peliharaan anda, kerana anda langsung tak menunjukkan simpati anda pada anjing tersebut! grrr!
kesah kulit.
ya, rakan2 sekalian pasti sewajibnya tau aku ada sakit kulit. terima kasih. itu semua orang tau,kan? dari kecik aku ada permasalahan kulit. spot ini, spot itu, spot sana, spot situ. ingat aku tak malu? hehe. tebalkan kulit muka je. alkisah, semalam aku dah begitu tak tahan dengan eczema di celah2 jari, semakin berjangkit pulak ke tangan kanan, aku tekad, pergi klinik pakar kulit. bukan tak pernah pergi. tipu kalau aku tak pernah pergi jumpa pakar kulit. tapi lepas habis satu, satu lagi naik. kebetulan family aku bukan jenis ambik medicine yang berkandungan dadah. alternatively, homeopathy. maybe korang tak tau.ok senang cerita, dah lama aku tak ambik ubat doktor yang berdadah ni.so dah lama tak pergi pakar kulit. dah nama pun pakar kulit.tipu kalau aku kata tak mahal,kan? sebab selalu bil ubat aku tak pernah tau, sebab mama atau abah yang settlekan, hehe so aku pun tak boleh nak range kan harga ubat. mama kata around 100. *tapi seriously, dalam kepala kata macam tak cukup je.* pergi klinik pakar kulit tu sendiri,sorang2. kebetulan mama and abah ada hal kat luar. tiba masa membayar bil, 300 bhai! huwaaaaaaaaaaaaa.mana cukup! pergi la korek duit kat bawah2 tu.nasib baik ada atm. ini menunjukkan betapa seriousnya penyakit kulit aku :'( pengakuan di sini, aku menangis dalam kereta sebaik je turun dari klinik. sebab kali ni aku tanggung sendiri bil ubat aku. tanyalah rakan2 baik aku, pernah aku menangis sebab keluarkan duit? tak. ini first time. and ini jugak first time aku rasa terjentik dalam bab2 nak keluarkan duit.
kesah kay.
oh. siapa kisah kan lagi AF? aku sendiri janji tanak ambik kisah. sekali dapat tau KAY AF9 ruparupanya adik Diddy. harusla terjentik teringat kenangan zaman silam.adoi. rindu tahap tak boleh nak cerita.
la.apa lagi?
dah habis dah. :)
oh.esok MUET written test. sila mendoakan yang terbaik untuk sang penulis. :D
WHOA thank god its not too dark here
ReplyDeletemacam Aliyah. haha
SO HOWSS MUET? mana chatbox manaaa
Eh? Aliyah punya bukan very bright ke? Errr. Oh btw,chatbox.i've changed the templates,so should've change the chatbox colours too.setakat ni,bz dan malas. Hahahahahahahahahahahaha
ReplyDelete